Ciri botani Bawang besar

Herba sederhana besar setinggi 45-60 cm. Akar serabut. Batang pendek, tidak berkayu. Daun jenis tunggal, bilah daun berbentuk silender, susunan berpilin, berbentuk panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau tua, permukaan berkilat dan berbau kuat. Bebawang terletak dalam tanah yang berbentuk bulat, lonjong atau leper bergantung kepada varieti dan ia berkulit nipis. Bunganya terbentuk seperti berbentuk sfera umbel dengan ukuran 2-5 cm mengandungi 50-2,000 jambak berwarna ungu atau hijau putih. Kajian mendapati selepas pendebungaan, buah bawang besar akan terbentuk berukuran 4-6 diameter seperti kapsul megandungi 6 biji benih. Biji benih bawang berukuran 6 mm x 4 mm berwarna hitam dan berkerekot apabila kering.

Bawang besar merah.